Sunday 25 August 2013

RUMUSAN KAJIAN TINDAKAN: DARIH

SK Sungai Haji Dorani
45300 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan
Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

KAJIAN TINDAKAN

TAJUK : PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN RESPONDEN MENGENAI ‘DARIH’ DAN PONTENG SEKOLAH
Satu Kajian PROSIDAR Di SK Sungai Haji Dorani, Selangor

Dapatan Skor setelah dijalan kanm soal selidik pada 26 Julai 2013
DARIH dan ponteng [ berdasarkan skor (YA) dan skor(TIDAK) ]

                Dadah, Alkohol ( arak ), Rokok, Inhalan, Dadah (DARIH) dan ponteng

1.         Saya pernah menghisap rokok.

Berdasarkan pada graf di atas, menunjukkan terdapat 19 orang respondan  yang pernah menghisap rokok. Maka di sini , pihak sekolah perlu memperhebatkan usaha agar 19 respondan tersebut bebas daripada pengaruh rokok di usia muda.

2.         Saya tahu rokok membahayakan kesihatan.

Semua respon bersetuju bahawa rokok membahayakan kesihatan.

3.         Sayamendapat maklumat tentang bahaya arak dari Pondok PPDa.


Seramai 7 orang respon masih perlu diberikan galakan agar ke Pondok PPDa bagi mendapatkan pelbagai info mengenai pendidikan pencegahan dadah.

4.         Saya tahu arak itu haram disisi agama Islam.
                  Semua respondan mengethaui bahawa arak atau alkohol adalah haram di sisi Islam.
5.         Saya tahu nama-nama dadah.

Berdasarkan data diu atas, respondan ynag masih belum mengethaui nama-nama dadah perlu didedahkan melalui proigram PPDa dan media massa sebgai langkah berjaga-jaga pada masa depan mereka agar tidak terjebak.

6.         Saya tahu pengedar dadah akan menerima  hukuman berat.

Keseluruhannya tahun bahawa pengedar dadah yang disabitkan dengan kesalahan mengedar akan dikenakan hukuman berat sepertyi rotan, penjara seumur hidup atau hukuman mati.
7.         Saya tahu bahawa gam basikal adalah termasuk dalam  inhalan.


      12 orang respondan masih belum mengetahaui bahawa gam basikal dan sepertinya adalah tergolong dalam inhalan. Diharapkan dalam program PPDa akan dapat mebnatu respondan mengethaui akan perkara ini agar mereka tidak terjebak.


8.         Saya tahu bahawa hubungan seks bebas akan menyebabkan jangkitan virus HIV.

Masih terdapat 13 orang respondan tidak mengetahui akan bahaya seks bebas dalam penularan jangkitan HIV berpuinca daripada dadah dan sek rambang. Pihak guru perlu menjelasakan akan isu ini bagi masa depan respondan dan masyrakat.

9.         Saya tahu penyakit AIDS boleh menyebabkan kematian.

Seramai 45 orang respondan mengetahui akan penyakit AIDs boleh menyebabkan  melalui bahan bacaan atau media masa serta penerangan oleh guru.

10.     Saya tahu bahawa ponteng sekolah salah di sisi peraturan sekolah.

Keseluruhannya, 48 respondan mengethaui akan kesalahan ponteng sekolah dalam peraturan sekolah.
RUMUSAN :
PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN RESPONDAN MENGENAI DADAH, ALKOHOL, ROKOK, INHALAN,HIV(DARIH) DAN PONTENG SEKOLAH.
Secara kolektif, berdasarkan graf di atas menunnjukkan bahawa 408 perkara  telah diterima faham dariapad 500 perkara positif yang sepatutnya dijawab oleh respondan. Pihak sekolah mengharapkan melalui program PPDa yang dijalankan dapat memberi kefahaman sepenuhnya kepada semua warga SK Sungai Haji Dorani mengenai pendidikan pencegahan dadah selain mencapai objektif sifar ponteng.


No comments:

Post a Comment