Unit PPDa

LATAR BELAKANG 
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengishtiharkan "Dadah Musuh Utama Negara". Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibubapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, ko-kurikulum dan pembentukan sahsiah.







VISI PPDa KPM
Sekolah bebas dadah Tahun 2012
Negara bebas dadah Tahun 2015



MISI PPDa KPM
Melahirkan pelajar bebas dadah
melalui pelaksanaan program
pendidikan pencegahan dadah
yang mantap dan berkesan
dalam memastikan
sekolah bebas dari dadah.



VISI PPDa SEKOLAH
“SKSHD bebas
pengaruh dadah 2014”



MISI PPDa SEKOLAH
Penyebaran maklumat mengenai
DADAH

Pendedahan akibat penyalahgunaan
DADAH

Tindakan dan aktiviti untuk jauhi
DADAH



MATLAMAT PPDa SEKOLAH
Memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidik dan ibu bapa agar mereka menjauhi rokok, inhalan, alkohol, dadah dan hiv / aids dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran.



MOTO PPDa SEKOLAH
“SKSHD CERIA TANPA DADAH”



RASIONAL PPDa SEKOLAH
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah.

Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah kepada gejala penyalahgunaan dadah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat.

Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah secara sistematik dan berkesan

1 comment: